Aku lahir
pada tahun 2011. Aku dibeli oleh seseorang untuk diberi kepada saudaranya.
Sebelum mereka datang, aku tinggal disebuah pusat membeli-belah yang tak pernah
lekang dari manusia yang pelbagai karenah. Aku dibawa pulang oleh tuan baruku.
Mereka datang berempat jika tidak silap pengiraanku. Hari itu panas terik.
Tuanku menanggalkanku untuk mengesat renik-renik peluh yang mula menitis.
Sementara itu, saudaranya meminta tuanku untuk memberiku kepadanya. Saudaranya
itu, cuba memakai aku lalu memberi tahu dia berasa sakit kepala apabila
memakaiku dan mengatakan, barangkali aku tidak sesuai dengannya. Lalu, dia
terus memberiku kepada tuanku semula.
Pada mulanya,
tuanku agak tidak selesa denganku. Namun, tuanku itu terus mencuba untuk
mencari keserasian antara kami. Malangnya, setiap kali memakaiku terutama
sekali pada musim panas di mana sinar mentari sangat terang dan kehangatannya
tidak dapat dipersoal lagi, tuanku akan mengadu perihal kepalanya yang sakit
gara-gara aku. Aku nampak. Aku nampak matanya akan berair setiap kali hal itu
berlaku. Aku amat menyesalinya perkara itu dan aku berharap tuanku tidak
menyesal kerana telah membeliku. Tuanku mengambil langkah untuk melakukan
‘service’ keatasku apabila pulang ke kampung halamannya dan cadangan itu telah dimaklumkan
kepada saudaranya yang menemaninya untuk membeli aku. Oh, ya. Saudaranya itu
adalah kakak-kakaknya.
Tiba masa
kami pulang ke kampung, tuanku terus ke kedai yang mempunyai ‘service’
berkaitanku yang agak berpatutan dan berkualiti. Aku ditinggalkan di kedai itu
setelah ‘check-up’ dilakukan ke atas aku dan tuanku. Bahagian badanku ditukar.
Pada esoknya, aku diambil oleh tuanku. Aku dapat lihat dari air mukanya yang
berasa lebih selesa setelah aku di’service’. Aku amat bersyukur namun aku agak
sedih kerana disebabkan aku, tuanku terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM100
untuk membayar ‘service’ tersebut.
Setelah itu,
tiada lagi aduan mengenai ketidakselesaan memakaiku. Aku sentiasa menemani
tuanku setiap masa dan tempat. Kadangkala, tuanku tertidur denganku tanpa
sempat menanggalkanku. Letih barangkali, fikirku. Ada ketika, aku terpaksa
berbasah kuyup bersama tuanku kerana hujan yang lebat. Bagi aku itu adalah
cabaran yang ringan-ringan sahaja termasuklah bila aku terpaksa menemani tuanku
ke hospital dan ke klinik,sepanjang aku dengannya bukan sekali dua tapi banyak
kali kami kesana, suka benar dia ke sana. Apa yang menarik disana aku pun tidak
tahu. Cabaran yang paling hebat aku alami apabila tuanku menghempapku tanpa
sengaja. Dia terduduk di atasku. Mahu sahaja aku meraung kesakitan, tapi apa
dayaku. Aku tidak mempunyai kebolehan itu. Mujurlah dia tersedar dalam masa
yang singkat. Namun, sebahagian badanku telah retak menunggu tanggal dari
anggota sahaja. Aku kuatkan semangat untuk terus bertahan agar aku dapt terus
menemani tuanku dalam waktu susah dan senangnya.
Lebih kurang
14 bulan telah berlalu setelah kejadian itu. Tiba-tiba aku berasa sangat tidak
selesa dengan keadaan anggotaku. Aku terus bersabar dan bertahan sepertimana
tuanku masih dapat bertahan melaksanakan tanggungjawabnya dalam keadaan
kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini. Aku tidak mahu memberi
bebanan kepadanya lagi terutama ketika dia sibuk melaksanakan tugasnya. Aku
amat bersyukur kerana kerjanya pada hari itu selesai awal. Sejurus selepas
tuanku sampai ke biliknya dan berehat dalam 30 minit, aku mula mengeluarkan
bunyi yang tidak menyenangkan dan tuanku terus menanggalkanku untuk melihat
keadaanku. Anggotaku sangat lemah. Lalu anggota yang retak dahulu, setelah sekian
lama bertahan, telah tanggal dari badanku. Tuanku agak terkejut. Dia masih
memandangku sambil berkira-kira keputusan yang perlu dibuat keatasku. Dia
meletakku di atas mejanya dan berlalu pergi ke tandas. Aku ditinggalkan. Tuanku
kembali semula. Mengambil sejadah dan telekungnya. Mengangkat wuduk tadi
barangkali. Aku terus menerus ditinggalkan sampai ke tengah malam itu.
Tuanku
mengambilku dan meletakkanku bersebelahan komputer ribanya. Dia kerap
menjelingku sambil melakukan kerjanya di depan komputer riba itu, apa yang
difikirkan itu? Tiba-tiba aku berasa sebak, aku nampak tuanku sudah ada
pengganti. Bagaimanapun, aku bersyukur dia ada peneman baru dan aku bersyukur
aku pernah berjasa pada hamba ALLAH. Semoga peneman baru itu mampu memberi
perkhidmatan yang lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih kerana sudi
menjadikan aku sebagai peneman.
jazakallahukhairan :)
No comments:
Post a Comment