hello there !
There are some penceritaan on the permainan yang awesome di zaman itu.
1) lompat getah atau lompat tali :
alat yang digunakan untuk mainan ini adalah getah/rubber band (ala yang warna kuning. yang makcik2 selalu ikat plastik kuah gulai tu).
takkan la lompat atas satu getah yang kecik kiut tu kot?
tak mencabar langsung.puuii.
plez la. confirm la tak. rubber band tu akan disambung antara satu sama lain sampai jadi panjang. Pernah main? tak pernah? rugi.rugi. nanti main ngan atok yea.
2) bola beracun atau bola boye :
memerlukan satu biji bola. bola tersebut akan digunakan untuk menyerang pihak lawan. pihak lawan akan kalah bila semua ahlinya terkena bola tersebut. Permainan seronok. amat menguji ketangkasan.
3) polis entry:
polis entry one two jaga polis mati pencuri jaga. Ayat yang berlagu ini digunakan untuk memilih siapa yang jadi polis dan siapa yang jadi pencuri. Scene kecurian akan dilakukan sebelum scene kejar mengejar. Scene kecurian adalah sesuatu yang terancang, kind of lakonan semata-mata nak bagi nampak sequence of da game. Scene yang kejar mengejar tu sangat real. kalau jatuh time lari tu, boleh berdarah lutut. :D
4) pukul berapa dato harimau:
Satu(harimau) lawan ramai (biasanya lebih daripada dua orang). Kumpulan yang ramai ni akan tanya dengan penuh semangat "pukul berapa datuk harimau" dan harimau tu akan jawab "pukul satu". soalan akan di tanya dan di jawab sampai lah datuk harimau tu cakap "PUKUL 12". Bermula lah detik yang mendebarkan kerana harimau akan menangkap satu persatu yang ada.
5) musang dan ayam:
ayam dan anak-anaknya akan jumpa musang dan minta kunci tandas. Musang memberi syarat, jika kunci itu hilang, semua anak ayam itu akan dimakannya. Kunci itu akan dipass sampai orang terakhir. Dan orang terakhir tu akan buang merata kunci itu. Ibu ayam akan jumpa musang dan memberitahu kunci itu telah hilang. Then, penangkapan anak ayam oleh musang yang marah dek kuncinya hilang pun bermula. Anak-anak ayam akan berlindung dibelakang ibunya. Orang first yang kena tangkap akan jadi musang. Menarikkan? It's not juz a story, it's betul-betul berlaku dan dimainkan oleh anak-anak comel mengikut kronologi tersebut.
6) hide and seek:
It's juz a simple game. Seorang akan cari dan yang lain akan menyorok. Cikmiey dulu nakal. Time orang menyorok tu, Cikmiey masuk rumah dan minum air( dahaga kot main tengah2 panas !). Pastu stay kat situ sampai la ada yang jadi orang first dijumpai. hihi
7) congkak:
congkak ni, cikmiey jarang main sebab dua orang je boleh main dalam satu masa. tak meriah. Dan main suke hati je. tak ikut rule sangat. Ada yang main dengan buah guli, ada gak yang main dengan buah getah. Kalau tak ada congkak, gali lubanglubang kecik kat tanah la jawabnya. :)
8) batu selambut, batu seremban, tudung botol :
yang ni antara indoor game yang popular. Musim tegkujuh sesuai sangat lah main game ni sebab tak boleh keluar rumah kan. Ada yang main menggunakan tujuh biji anak batu dan ada yang guna lima biji anak batu. Manakala yang tudung botol tu, biasanya lima penutup botol je.
it was a long long time ago, when the kancil masih menjadi haiwan paling cerdik di dalam hutan rimba and pluto is considered as planet.
well said
" time is like a river, you will never touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again. appreciate every moment"
have a nice day :)
&
thanks for everything~
thanks for everything~
No comments:
Post a Comment