Assalamualaikum.. :)
How to get there.
Bus à Komuter
(hentian putra) à Komuter (Subang jaya) à Taxi à Sunway Lagoon
Bagi anda yang
tidak biasa dengan kawasan KL (kita geng yo !!), pasti amatlah susah untuk ke
sesuatu tempat; contohnya Sunway Lagoon, Sunway Pyramid & etc.
Baiklah.
Bagaimanakah cara untuk ke Sunway Lagoon?
Andainya anda dari
Pantai Timur dan menggunakan bas sebagai pengangkutan untuk ke Kuala Lumpur,
bas tersebut akan berhenti di Hentian Putra (dengar-dengar dah nak runtuh ?
Mohon pencerahan.). Dari Hentian Putra, anda boleh menaiki KTM Komuter yang
berada di seberang jalan (dekat je, jalan kaki pun boleh sampai.) untuk ke
Subang Jaya. Seterusnya, sampai di Subang Jaya, teksi ada tersedia untuk bawa
anda ke destinasi; Sunway Lagoon (Sunway Pyramid bersebelahan sahaja :)).
One day trip to Sunway Lagoon !
Ini pengalaman
kami.
Kami menaiki bas
Plusliner (Rm44.20x2) yang bertolak
pada jam 10.30 malam. Sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan malam
yang diterangi bulan dan bintang TIDUR. Kami tiba di Hentian Putra, Kuala
Lumpur pada jam 5 pagi. Berehat seketika di surau berdekatan dan selepas
menunaikan solat subuh, kami terus ke stesen komuter berdekatan. Mak aihh. Dah
panjang berdepa-depa orang beratur. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di
KL Sentral bagi mendapatkan breakfast dengan selesa dan aman damai. Selepas
satu jam (diulangi; satu jam), kami dapat peluang untuk membeli tiket ke KL
Sentral. Barangkali, juru tiket yang bertugas kurang dengar apa yang kami mahu.
Kami mahu tiket ke KL Sentral bukan Kepong Sentral(!!!). Maka, dengan noob-nya kami
beratur semula. Hurrr. Ok. Tiket dah dapat(RM1.00).
Train mana kami perlu naik ? Nampak tak ‘rusa’-nya kami ni? Jadi, dengan
gigihnya kami study Peta KTM Komuter. Ok, sudah ‘fasih’ dengan peta, kami ke
platform bersebelahan dengan peratusan tawakal yang agak tinggi. Hmm. Sampainya
kami di KL Sentral, terus cari Secret Recipe KFC (sebab tu je mampu,
mampu tak mampu cecah RM15 jugak.
haha). Perut sudah diisi penuh.
Kami beli tiket ke Subang Jaya (RM1.60). Sampai je kat sana, kami cari
teksi. Teksi mana, teksi ? hehe. Keluar je sikit dari tempat tu, teksi beratur
menunggu pelanggan. Cakap je nak pergi mana. Naik teksi ke Sunway Lagoon RM15 untuk kami berdua. Tapi kalau
bertiga, bersorang ke, xtahu pulak kami dia caj berapa (rasanya caj untuk satu
kereta kottt). Mahal ke RM15?
Sampai kat entrance Sunway Lagoon tu, beli tiket
kat kaunter (RM40x2). Setiap hari
Selasa minggu pertama setiap bulan, admission fee hanya RM40 untuk warganegara
sahaja. Semua permainan boleh main (larat ke?) kecuali G-force X, Go-kart dan
Bungy jump. Almost semua permainan kami main and end up dengan sakit kaki (tak
fit langsung !). Permainan yang agak attractive; flying fox, vuvuzela dan kapal
lanun(?) sebab beratur MasyaAllah sangatlah panjang lebih-lebih lagi kalau
vuvuzela. Vuvuzela BEST !! *grin* . Kami try gak main Go-kart, keras (gila)
stereng (RM20x2), boleh main selama-lamanya 5minit sahaja.
Oh ya. Kat
dalam tu tak pakai cash tau, kalau pekerja kat situ mintak cash, hempuk kepala
dia laju-laju. Ehem. Jangan, jangan. Ada yang kena saman nanti. Kalau mintak
cash, tak payah layan. Polis ramai je kat situ kalau hal-hal yang tak diingini
berlaku. Ok? Anda kena topup dengan bayaran minimum RM50 kat mana-mana e-cash
booth kot nama dia. Kami beli RM70. Untuk go-kart (RM20x2) dan sewa pelampung double (RM30). Sebenarnya, tak sewa pelampung pun takpe. Sebab kebanyakan
permainan air kat situ contoh vuvuzela, dah ada sedia pelampung Cuma kalau nak
main air kat ‘pantai’ yang agak dalam dan ada anak-anak kecil , sesuai
sesangat. Dah penat main, kami bersih diri dan solat kat tempat yang disediakan.
Snap gambar sikit dan balik sama dengan jalan kami guna untuk datang Sunway.
Teksi untuk ke Subang Jaya (RM10 untuk 2 orang). Murah pulak ? Rezeki~
Kos trip kami
Tiket bus
pergi: RM44.20 x 2
balik: RM44.20 x 2 (RM176.8)
pergi: RM44.20 x 2
balik: RM44.20 x 2 (RM176.8)
Sunway lagoon
Admission fee RM40 x 2
Cash topup RM70 (RM150)
Admission fee RM40 x 2
Cash topup RM70 (RM150)
Pengangkutan
KTM Komuter(pergi balik):
HP-KL Sentral (RM1.00 x 2) x 2,
KL Sentral-SJ (RM1.60 x2) x 2
Teksi SJ-SL : RM15
Teksi SL-SJ: RM10 (RM35.40)
KTM Komuter(pergi balik):
HP-KL Sentral (RM1.00 x 2) x 2,
KL Sentral-SJ (RM1.60 x2) x 2
Teksi SJ-SL : RM15
Teksi SL-SJ: RM10 (RM35.40)
Makan & minum
+- RM50
+- RM50
JUMLAH: +- RM412.20
Selamat Bercuti-cuti Malaysia. Safety First.
Selamat Bercuti-cuti Malaysia. Safety First.
![]() |
weee~~ |
:)
No comments:
Post a Comment