Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.

Friday, 22 November 2013

Winter versi kami



“oh *amn!”, berbisik sendiri.
macam mana boleh bangun lambat ni.. Hati terus berbisik sakarstik “bukan ke semalam ko memang ada niat tak nak g kelas ke?”.
“ye laa”, aku menjawab perlahan. Sedar diri.
Jam dah tunjuk pukul 7.35pagi. Kelas aku pukul 8pagi. “TAHNIAH. Bangun jugak kau ye... Lain kali buat lagi perangai tido lepas subuh”, Hati terus menerus perli aku. -__-
Telefon purba yang selalu aku jatuhkan ke dalam longkang itu aku gapai. Jari-jemari kesejukan dek hujan pantas menaip, 

“beb, aku baru bangun ar”.

-send to: Adda
- Sending message-
- Pending -

“pending pulak. Mandi dulu la..”, mengomel sendiri.
 aku bergegas ke bilik air. Dalam keadaan mengantuk dan berat hati nak tinggalkan katil aku terus memulas tombol paip air.
“aduh, takde air pulak......!”
“apela nasib kau hari ni”, Hati terus memberi respon.
Aku terus bergegas ke bilik Adda.
belum sempat diketuk, pintu terus terkuak perlahan.
ok. Mukanya macam aku. MAMAI.
“macam mana ni, nak g kelas kul brape?”, bertanya ingin kepastian. “ke burn je kelas pagi ni”, aku terus sambung.
“lepas siap kita g”, pendek responnya.
“tapi, air tadak”, balasku.
Adda tidak terus menjawab.
“cari la mana-mana”, adda mengeluh. Letih dengan keadaan yang selalu terputus bekalan air.
“ok”. Dalam kepala terus terfikir air yang di-fill-up oleh rakan sebilik semalam. Untung.

3 minit kemudian..
kroooouuuhhh...krooooouhhhh,,,krooouhh
Paip air mengeluarkan suara..
air nak kuar.
air nak kuar..
air nak kuar....
“yes, air kuar!”, gembira betul.
Adda da lesap. Pergi cari sumber air kat tempat lain..

8.30pagi
perlahan-lahan turun tangga.
hujan makin lebat.
nampak gayanya, kuyup la nanti.
ya. Memang kuyup. Kuku da berubah warna, dari warna pink bertukar biru.
Kelas pulak ber’air-cond’. Completely boleh buat aku bersin.
lepas park motor, terus berlari takde gaya keanak-anakan langsung.
bekongsi jaket buat berteduh bagaikan Memori Daun Pisang.
awal-awal, bukannya nak spare payung. Guna je la jaket tu..
sweet ape.. *puke
masuk kelas buat muka tak bersalah. *memang nak kena ketok lelaju.
Air menitis keluar dari baju basah. Pandang takberperasaan.
hanya memikirkan kelas-kelas seterusnya.
Memerlukan ketahanan.
5hours more to go through. *frozen*
then, boleh rehat 2jam before next class bermula.

“shu!!!”
“ape yang awak buat tu..mengelamun dalam kelas saya ya? jawab soalan nombor 3 sekarang”, doktor-perasan-aku-mengelamun-. Aduh, boleh pulak tertangkap!
apa yang doktor lecture tadi ha??

...

have a nice day ^^


oh ya..terus menerus perkataan 'terus' digunakan. hurmm @##$$%^^ 


Tuesday, 12 November 2013

Dari kacamata Peneman yang setia


Aku lahir pada tahun 2011. Aku dibeli oleh seseorang untuk diberi kepada saudaranya. Sebelum mereka datang, aku tinggal disebuah pusat membeli-belah yang tak pernah lekang dari manusia yang pelbagai karenah. Aku dibawa pulang oleh tuan baruku. Mereka datang berempat jika tidak silap pengiraanku. Hari itu panas terik. Tuanku menanggalkanku untuk mengesat renik-renik peluh yang mula menitis. Sementara itu, saudaranya meminta tuanku untuk memberiku kepadanya. Saudaranya itu, cuba memakai aku lalu memberi tahu dia berasa sakit kepala apabila memakaiku dan mengatakan, barangkali aku tidak sesuai dengannya. Lalu, dia terus memberiku kepada tuanku semula.

Pada mulanya, tuanku agak tidak selesa denganku. Namun, tuanku itu terus mencuba untuk mencari keserasian antara kami. Malangnya, setiap kali memakaiku terutama sekali pada musim panas di mana sinar mentari sangat terang dan kehangatannya tidak dapat dipersoal lagi, tuanku akan mengadu perihal kepalanya yang sakit gara-gara aku. Aku nampak. Aku nampak matanya akan berair setiap kali hal itu berlaku. Aku amat menyesalinya perkara itu dan aku berharap tuanku tidak menyesal kerana telah membeliku. Tuanku mengambil langkah untuk melakukan ‘service’ keatasku apabila pulang ke kampung halamannya dan cadangan itu telah dimaklumkan kepada saudaranya yang menemaninya untuk membeli aku. Oh, ya. Saudaranya itu adalah kakak-kakaknya.

Tiba masa kami pulang ke kampung, tuanku terus ke kedai yang mempunyai ‘service’ berkaitanku yang agak berpatutan dan berkualiti. Aku ditinggalkan di kedai itu setelah ‘check-up’ dilakukan ke atas aku dan tuanku. Bahagian badanku ditukar. Pada esoknya, aku diambil oleh tuanku. Aku dapat lihat dari air mukanya yang berasa lebih selesa setelah aku di’service’. Aku amat bersyukur namun aku agak sedih kerana disebabkan aku, tuanku terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM100 untuk membayar ‘service’ tersebut.

Setelah itu, tiada lagi aduan mengenai ketidakselesaan memakaiku. Aku sentiasa menemani tuanku setiap masa dan tempat. Kadangkala, tuanku tertidur denganku tanpa sempat menanggalkanku. Letih barangkali, fikirku. Ada ketika, aku terpaksa berbasah kuyup bersama tuanku kerana hujan yang lebat. Bagi aku itu adalah cabaran yang ringan-ringan sahaja termasuklah bila aku terpaksa menemani tuanku ke hospital dan ke klinik,sepanjang aku dengannya bukan sekali dua tapi banyak kali kami kesana, suka benar dia ke sana. Apa yang menarik disana aku pun tidak tahu. Cabaran yang paling hebat aku alami apabila tuanku menghempapku tanpa sengaja. Dia terduduk di atasku. Mahu sahaja aku meraung kesakitan, tapi apa dayaku. Aku tidak mempunyai kebolehan itu. Mujurlah dia tersedar dalam masa yang singkat. Namun, sebahagian badanku telah retak menunggu tanggal dari anggota sahaja. Aku kuatkan semangat untuk terus bertahan agar aku dapt terus menemani tuanku dalam waktu susah dan senangnya.


Lebih kurang 14 bulan telah berlalu setelah kejadian itu. Tiba-tiba aku berasa sangat tidak selesa dengan keadaan anggotaku. Aku terus bersabar dan bertahan sepertimana tuanku masih dapat bertahan melaksanakan tanggungjawabnya dalam keadaan kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini. Aku tidak mahu memberi bebanan kepadanya lagi terutama ketika dia sibuk melaksanakan tugasnya. Aku amat bersyukur kerana kerjanya pada hari itu selesai awal. Sejurus selepas tuanku sampai ke biliknya dan berehat dalam 30 minit, aku mula mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan dan tuanku terus menanggalkanku untuk melihat keadaanku. Anggotaku sangat lemah. Lalu anggota yang retak dahulu, setelah sekian lama bertahan, telah tanggal dari badanku. Tuanku agak terkejut. Dia masih memandangku sambil berkira-kira keputusan yang perlu dibuat keatasku. Dia meletakku di atas mejanya dan berlalu pergi ke tandas. Aku ditinggalkan. Tuanku kembali semula. Mengambil sejadah dan telekungnya. Mengangkat wuduk tadi barangkali. Aku terus menerus ditinggalkan sampai ke tengah malam itu. 

Tuanku mengambilku dan meletakkanku bersebelahan komputer ribanya. Dia kerap menjelingku sambil melakukan kerjanya di depan komputer riba itu, apa yang difikirkan itu? Tiba-tiba aku berasa sebak, aku nampak tuanku sudah ada pengganti. Bagaimanapun, aku bersyukur dia ada peneman baru dan aku bersyukur aku pernah berjasa pada hamba ALLAH. Semoga peneman baru itu mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih kerana sudi menjadikan aku sebagai peneman.



 jazakallahukhairan :)

Saturday, 2 November 2013

SI TUA

Aku baring bukan sebab
aku malas
aku baring bukan kerna mau tidur

aku baring kerana
badan ini
terasa penat
cepat letihnya
‘mau apa kamu supaya bertenaga kembali?’

Sudah tua mungkin
mungkin juga alasan semata
untuk diam bersahaja?



"Perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah"  (IBN MAS'UD)

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
MAAL HIJRAH
1435

:)