Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.

Thursday, 31 October 2013

on that day : HARI RAYA AIDILADHA 2013

Assalamualaikum :) hai

musim raya tahun ni asyik makan je~
orang yang involved dengan 'on diet slim melim' tu agak tergugat la.
tapi still lagi terkawal *tahniah* (kuat betul imannya.hihi)
menu utama di pagi hari raya: sate :) dap ehh ~

tapi sayang
tak sempat nak makan banyak pun.
sebab nak kena gi banyak tempat.
so kenyang makan makanan dan juga
makan angin . heee

raya kejap je.
sebab? ada keje. -..-
xpe.
janji kualiti cutinya ada :)


Today Must Be Better Than Yesterday and Tomorrow Must Be Better Than Today.
Yesterday is History, Tomorrow a Mystery, Today is a Gift, That's why it's called the Present.


p.s saya janji ni last entry sal raya aidiladha 2013. kuikuikui :D

Wednesday, 30 October 2013

throwback : AIDILADHA 2013


Assalamualaykum J hai

Nak bercerita sikit pasal raya aidiadha hari tu..even xde orang nak tahu pun.. -.- ~lalalala
Hari sebelum hari kejadian, iaitu hari raya, kami ada plan nak buat makan-makan sikit. At least buat BBQ. HEHE.. Dah lama tak buat, kempunan betul. Huhu.
So, antara menu yang ada dalam kepala:
-spaghetti
-ayam bakar aka bbq
-rojak buah
-cheezy wedges
-black pepper sauce
-macammacam :D


taraaaaaaaaaa !!!
spaghetti
sos-nya kaklong yang buat.
cikmiey masak spaghetti je (nak jugak bagitau :P)



makanan~~~
disebalik tabir...

                                                 
tempat pemanggang. mohon 'upgrade' pemanggang besar.
hihi
so,
thanks to da all
tukang masak
tukang panggang
tukang sponsor
tukang logistic dan peralatan (?)
dan orang yang paling penting
tukang makan. :)
^_^
have a nice day.
thanks.

P.S rindu angin malam kat kampung sambil makan-makan :)

Saturday, 26 October 2013

BREAKFAST SEBELUM BALIK RAYA

Assalamualaykum :) hai

sihat ke? Skang ni musim winter versi terengganu. Jadi sape2 yang rasa tahap imuniti rendah, mohon jaga kesihatan, keyh?
Macam mane raya qurban? Meriah x kat tempat anda? Ke macam tak beraya..? kikiki...
Hari tu sebelum cikmiey balik kampung, the dearest kakak ada bekalkan breakfast.. demiku sanggup dia tak tido lepas subuh, nak2 time weekend.haha. dia berpulas tenaga kat dapur sesorang. Cikmiey ada gak tolong-tolong dia, bukan senang cikmiey nak tolong orang tau. Tambah lagi kalau suh tolong makan(*menipu*.kalau tak mintak tolong pon, serta merta boleh selfservice kalau bab makan. Hidup kan untuk makan. Eh?). :D . bertuah dapat adik macam cikmiey ni, kan? Hikhikhik.

Simple breakfast. Hanya memerlukan beberapa
keping roti,
telur,
sosej dan
keju.
Method of cooking- dry heat. 



conteng2 masa lunch hour~ bolehlaaa -..-
 sedap~
thanx the owner of da recipe (godek2 kat fb, pastu wat versi sdr)
infinity thanks for da breakfast ya kaklong. hihi :D

have a bliss !

Wednesday, 16 October 2013

KUIH KETAYAP DAN DUA BILLION RINGGIT

assalamualaykum :) hai

Ada satu cerita, boleh dikatakan agak malang kalau kita berada di tempatnya. Orang tua-tua ada mengatakan ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Pernah dengar? Kalau tak pernah dengar, buat-buat tahu pun jadi laa..tapi kes ni bukannya tentang kuih ketayap dijual dengan harga 2billion, bukan juga kerana kos buat kuih ni bernilai sebanyak itu. TAPI...TAPI BAGAIMANA HENDAK KU KATA PADANYA DIA YANG ADA SEPERTI TIADAAAAA....AAAAAAA apapontakboleh~~~

kuih ketayap aka batang buruk

Satu kontrak bernilai rm2billion lenyap gara-gara kuih ketayap. Hah. Itulah point dia.. Kuih ketayap adalah salah satu kuih Melayu, yang tak ramai tahu dan suka buat atas sebab-sebab tertentu.. Tapi, bila ada jual kat pasar, confirm ada je yang nak beli. Nampak tak kat situ permainan dia?? Makan laju je, nak buat malas  kurang rajin. Kuih ni ada yang suka makan time panas-panas or room temperature, ada gak yang suka makan lepas letak dalam chiller.*drooling*lulz*.

Back to the point..
Satu kontrak rm2b untuk Catering selama kalau tak silap selama setahun telah diberikan kepada satu syarikat catering dot.dot.dot oleh orang kenamaan. Pada suatu hari, dihari yang penuh dengan keamanan orang kenamaan tersebut telah request bahawasanya beliau inginkan kuih ketayap pada hari tersebut. Syarikat catering dot.dot.dot telah mengambil inisiatif(takde orang nak incharge buat kuih melayu barangkali) untuk membeli sahaja kuih tersebut di sebuah tempat yang femes dengan kuih-muih tradisi Melayu yang terletak di kawasan lapangan terbang xxx. Mereka membelinya pada waktu pagi dan menyimpannya dalam kondisi storage/container yang boleh dikatakan tidak sesuai. Pada waktu petangnya, barulah orang kenamaan itu dapat menikmati kuih itu kerana kekangan jadual yang padat. Memang. Memang mereka tidak menjangkakan bahawasanya kuih itu akan spoiled. Tapi diorang tak fikir ke yang kuih itu berintikan kelapa. Kelapa ni leceh sikit dari segala segi @_@ . Orang kenamaan itu makan~~ dan didapati telah basi.. dan as expected la kan. Kontrak 2billion ditarik balik.. Kuih ketayap punya pasal. (kalau kuih ketayap boleh bercakap; kuih ketayap: bakpe saloh ke ambe oh?? Deme dok reti jage ambe, memang ah jadi gitu :P).
Hurmm..kalau jadi macam tu kat aku, aku pun akan buat macam tu gak *kejam*. Dah ar aku bayar mahal, boleh dia bagi aku kuih basi..tsk tsk tsk..ke pembunuhan terancang ???? (mengada, overact, pengaruh filem,kui3). Bagi aku ada rasional dia buat macam tu (tarik balik kontrak). Dan pihak yang lagi satu tu takleh take for granted, even tentang benda kecik.

Chill~


thanx to da owner's of da pictures.

Friday, 11 October 2013

AKU RISAU


Kepala ini keras,
kalau kalau terhantuk batu,
aku risau batu itu yang akan pecah.

Kepala ini keras,
kalau kalau perlu dibedah,
aku risau alat bedah itu yang akan patah.

Kepala ini keras,
kalau kalau ditampar orang,
aku risau tangannya yang akan sakit.

Kepala ini keras,
kalau kalau dipukul besi,
aku risau besi itu yang akan bengkok.

Kepala ini keras,
kalau kalau dihentam kaca,
aku risau kaca itu yang akan berkecai,

berkecai menjadi cebisan halus,
lalu cebisan itu memberi refleksi,
refleksi yang punyai berjuta gambaran,
juga maksud,
yang mengingini kepala yang keras itu,
faham dan mengerti,
keras itu bukanlah segalanya,
kepala juga perlukan kelembutan,
ya benar,
bukan fizikalnya,
tapi mental.

macam eggtart
luar keras
dalam lembut
J



ilmu tidak akan bertunas di hati yang keras sebagaimana benih tidak akan bercambah di atas batu..

live well or hell, your choice :)
thanks.

Wednesday, 2 October 2013

busy and blame



A: aku nak mintak tolong boleh?
B: tolong ape?aku busy ahh..macam macam keje aku nak kena settle

A: aku nak mintak tolong boleh?
C: tak boleh la wei. aku bukan tak nak tolong.minggu ni aku busy sangat.

A: aku nak mintak tolong boleh?
D: ko nak aku tolong pe? cuba ko tanya orang lain. aku busy ahh..

A: aku nak mintak tolong boleh?
E: boleh. tolong pe?
A: hantar aku pegi stesen isnin depan.
E: ala.. sorry aa beb.bukan taknak tolong, tapi hari tu aku ada hal.

A: aku nak mintak tolong boleh?
F: untuk kau, ape saje aku buat.
A: hantar ak pegi stesen isnin depan.
F: tak boleh. aku ada kelas, packed kot !
A: kalau macam tu, hari selasa depan.boleh?
F: tak boleh gak. busy hari tu.
A: habis, hari ape ko tak busy?
F: hari-hari aku busy..
A: ....

G: weh. apesal muka ko macam belahcan je ni?
A: tak de pe ah..
G: ko ada probs ke? gtau aku, aku tolong.
A: betul ko nak tolong aku?
G: betul la. cakap aa pehal.
A: hantar aku g stesen isnin depan, keyh?
G: .....
A: okay. ko busy kan.

di hari kejadian..
F: weh, ko ni kenapa? apesal ko jalan kaki g stesen. kenapa tak bagitau aku??
B: ntah la ko ni. dah takde keje ke ? ko tau tak stesen ngan umah kite tu jauh dia 10km?
E: ke kau dah tak ingat yang kau tu ada asma? penat je ko terus semput..ko tak ingat eh??
C: tak pasal-pasal boleh naik ambulans hari ni, tinggal dalam bangunan besar ni..
D: ko klu ade pape bukan nak cakap kat kitorang..ko ni..aissshh.
A: belum sempat aku tahan teksi, wallet aku kena kebas tadi. apepun.sorry ah menyusahkan korang semua. mak aku cakap dia tak berapa sihat. jadi aku decide nak balik ASAP. tadi ada orang kampung mesej aku, cakap mak aku masuk ICU...
B,C,D,E,F,G: Apesal ko tak tolong A???

shift the blame to someone else
sebab taknak pikul rasa bersalah 
dan taknak mengaku salah.
typical PEOPLE
contoh sedekah: mengalihkan bahaya(contoh:paku) yang berada di jalanan

respect people who find time for you in their busy schedule. 
BUT love people who never look at their schedule when you need them.
-unknown

thanks :)