Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.

Friday, 19 September 2014

how to get there : ‘rusa’ masuk kL

Assalamualaikum.. :)


How to get there.
Bus à Komuter (hentian putra) à Komuter (Subang jaya) à Taxi à Sunway Lagoon

Bagi anda yang tidak biasa dengan kawasan KL (kita geng yo !!), pasti amatlah susah untuk ke sesuatu tempat; contohnya Sunway Lagoon, Sunway Pyramid & etc.

Baiklah. Bagaimanakah cara untuk ke Sunway Lagoon?
Andainya anda dari Pantai Timur dan menggunakan bas sebagai pengangkutan untuk ke Kuala Lumpur, bas tersebut akan berhenti di Hentian Putra (dengar-dengar dah nak runtuh ? Mohon pencerahan.). Dari Hentian Putra, anda boleh menaiki KTM Komuter yang berada di seberang jalan (dekat je, jalan kaki pun boleh sampai.) untuk ke Subang Jaya. Seterusnya, sampai di Subang Jaya, teksi ada tersedia untuk bawa anda ke destinasi; Sunway Lagoon (Sunway Pyramid bersebelahan sahaja :)).

One day trip to Sunway Lagoon !

Ini pengalaman kami.

Kami menaiki bas Plusliner (Rm44.20x2) yang bertolak pada jam 10.30 malam. Sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan malam yang diterangi bulan dan bintang TIDUR. Kami tiba di Hentian Putra, Kuala Lumpur pada jam 5 pagi. Berehat seketika di surau berdekatan dan selepas menunaikan solat subuh, kami terus ke stesen komuter berdekatan. Mak aihh. Dah panjang berdepa-depa orang beratur. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di KL Sentral bagi mendapatkan breakfast dengan selesa dan aman damai. Selepas satu jam (diulangi; satu jam), kami dapat peluang untuk membeli tiket ke KL Sentral. Barangkali, juru tiket yang bertugas kurang dengar apa yang kami mahu. Kami mahu tiket ke KL Sentral bukan Kepong Sentral(!!!). Maka, dengan noob-nya kami beratur semula. Hurrr. Ok. Tiket dah dapat(RM1.00). Train mana kami perlu naik ? Nampak tak ‘rusa’-nya kami ni? Jadi, dengan gigihnya kami study Peta KTM Komuter. Ok, sudah ‘fasih’ dengan peta, kami ke platform bersebelahan dengan peratusan tawakal yang agak tinggi. Hmm. Sampainya kami di KL Sentral, terus cari Secret Recipe KFC (sebab tu je mampu, mampu tak mampu cecah RM15 jugak. haha). Perut sudah diisi penuh. 

Kami beli tiket ke Subang Jaya (RM1.60). Sampai je kat sana, kami cari teksi. Teksi mana, teksi ? hehe. Keluar je sikit dari tempat tu, teksi beratur menunggu pelanggan. Cakap je nak pergi mana. Naik teksi ke Sunway Lagoon RM15 untuk kami berdua. Tapi kalau bertiga, bersorang ke, xtahu pulak kami dia caj berapa (rasanya caj untuk satu kereta kottt). Mahal ke RM15? 

Sampai kat entrance Sunway Lagoon tu, beli tiket kat kaunter (RM40x2). Setiap hari Selasa minggu pertama setiap bulan, admission fee hanya RM40 untuk warganegara sahaja. Semua permainan boleh main (larat ke?) kecuali G-force X, Go-kart dan Bungy jump. Almost semua permainan kami main and end up dengan sakit kaki (tak fit langsung !). Permainan yang agak attractive; flying fox, vuvuzela dan kapal lanun(?) sebab beratur MasyaAllah sangatlah panjang lebih-lebih lagi kalau vuvuzela. Vuvuzela BEST !! *grin* . Kami try gak main Go-kart, keras (gila) stereng (RM20x2), boleh main selama-lamanya 5minit sahaja. 

Oh ya. Kat dalam tu tak pakai cash tau, kalau pekerja kat situ mintak cash, hempuk kepala dia laju-laju. Ehem. Jangan, jangan. Ada yang kena saman nanti. Kalau mintak cash, tak payah layan. Polis ramai je kat situ kalau hal-hal yang tak diingini berlaku. Ok? Anda kena topup dengan bayaran minimum RM50 kat mana-mana e-cash booth kot nama dia. Kami beli RM70. Untuk go-kart (RM20x2) dan sewa pelampung double (RM30). Sebenarnya, tak sewa pelampung pun takpe. Sebab kebanyakan permainan air kat situ contoh vuvuzela, dah ada sedia pelampung Cuma kalau nak main air kat ‘pantai’ yang agak dalam dan ada anak-anak kecil , sesuai sesangat. Dah penat main, kami bersih diri dan solat kat tempat yang disediakan. Snap gambar sikit dan balik sama dengan jalan kami guna untuk datang Sunway. Teksi untuk ke Subang Jaya (RM10 untuk 2 orang). Murah pulak ? Rezeki~


Kos trip kami

Tiket bus
pergi: RM44.20 x 2
balik: RM44.20 x 2  (RM176.8)
Sunway lagoon
Admission fee RM40 x 2
Cash topup RM70             (RM150)
Pengangkutan
KTM Komuter(pergi balik):
HP-KL Sentral (RM1.00 x 2) x 2,
KL Sentral-SJ (RM1.60 x2) x 2
Teksi SJ-SL : RM15
Teksi SL-SJ: RM10             (RM35.40)
Makan & minum
+- RM50


JUMLAH: +- RM412.20

Selamat Bercuti-cuti Malaysia. Safety First. 

sunway
weee~~


:) 

Wednesday, 3 September 2014

Qosar #4 ber-angan

Pada suatu bulan ramadhan...

1435H bersamaan 2014

While riding a motorcycle ..
(tetiba onglish)

Haishh.. panasnya hari ni.. bila nak sampai library ni..

Oh sejuknya library... x duk dalam, duk luar pun jadilah.. dapat rasa tempias sejuk aircond pun dah cukup bersyuk.....

ALLAH!

Berliuk likuk motor mengelak bangkai.
Allahurobbi....

Biawak, asal ko mati sini ??

Bau yang kurang enak menusuk dua lubang tidak bertutup, hidung..
Sabor je la..
Sambung berangan...

Macam ni lah aku nanti... bakal menjadi seperti itu..

janji ALLAH itu pasti, begitu juga mati..

mungkin cara ke arah itu berbeza..

setelah itu.. pengurusan jenazah juga berbeza...

teruruskah? Atau dibiar saja?

Terhijabkah aibku?

* * *

~coretan dibulan ramadhan 


moga hari-hari mendatang lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu.. 

Assalamualaikum :)




Monday, 21 April 2014

DITIMPA..


Amer: Oit. Ko ada pegi mane-mane x hari ni?

Ad: Apesal?

Amer:Pinjam moto sat.

Ad:  Ooo.. xde g mane-mane. Ambek ah.
Ad: Nah, kunci.

Amer:Orait. Thanks bro!

Ad: Eh. Eh. Jap. Jap. Bukan ke ko xde lesen moto?

Amer:Xde.

Ad: Amboih. Konfiden ko jawab yea.
Bak balik kunci tu.

Amer:Ala. Ko ni. Macam tangkai jering. Taik idung masin.

Ad: Pernah rasa? Ke nak rasa?

Amer: Heee~ Aku nak pinjam kejap je. Nak ambik angin. Area sini je pun.
Ko ni dah kenapa? Ngan member pun nak berkira. SEDIH.

Ad: Bukan taknak kasi. Ko tu dah la takde lesen moto. Takde lesen tu boleh consider lagi, aku bukan polis pun. Masalahnya skang ko tu, tak pernah bawak moto! Sedar tak? Ke mamai ni?

Amer: Sebab tak pernah tu la, aku nak jadikan pernah. Aku akan jaga leklok moto ko tu. Macam aku jaga ko. Keyh?

Ad: Banyak la ko jaga aku. Aku taknak kasi bersebab. Aku takut ko tu dihempap.....

Amer: Ehhhh.. takdenye kena hempap. Aku ni gagah perkasa ko tahu. Moto ko pun tak brani nak hempap aku.

Ad: Suke hati kau la. Kepala tu keras mengalahkan batu.

Amer: Ek? Ok. Aku gerak lu. ¡Adios! ¡Hasta luego!

Ad: Sengal.

Honda c70, takde kaitan (thanx google n owner's pic)

* * *

Ad: Weh, ko apesal?

Amer: Tanya lagi. Sakit la doe.

Ad: Nampak. Jap, aku ambik first aid.

Amer: Cepat sikit.

Ad: Yea lah. Hurrr...

Amer: Ni semua salah mulut ko tu la. Masin sangat. Lain kali cakap yang elok-elok. Percakapan tu kan satu doa.

Ad: Eh ko ni. Aku dari tadi tak jumpa ko. Apa mulut aku dah buat kat kulit ko sampai luka-luka? Apa salah mulut aku?? Tuang semua iodin kat kulit ni kang.

Amer: Asal tak ambik acetic acid je?

Ad: Ko nak? Tunggu sini, aku gi ambik.

Amer: Oit, gurau je!

Ad: Reti pun.
Skang citer.

Amer: Tadi.. motor hempap aku. Aku tak stabil. Dan tak sempat buat ape-ape. Nasib baik masyarakat masih prihatin. Diorang tolong aku. Rasa macam..

Ad: Macam ape?

Amer: Macam-macam ada.

Ad: Ko pernah rasa kaki saiz 8?

Amer: Heee.. rilek aa..gurau jek..siyes a ko ni. Rasa macam-macam.. rasa terharu ada orang tolong, rasa sakit dan..

Ad: Dan?

Amer: MALU SIOT DOE. Aku kerek giler naik motor tadi. Motor ko an canggih, besar, mahal pulak. Hurmm.. kaffarah..

Ad: Bagus la kalau tahu. Jimat air liur aku.
Takyah lecture orang keras kepala.

Amer:Ko taknak tanya sal moto ko ke?
Ad: Hurmm. Kenapa ngan motor aku?

Amer: Masuk workshop. Nanti aku settle kan payment dia.

Ad: Tahniah.

Amer: Perli aku?

Ad: Taklah.

Amer: Habis tu?

Ad: Tahniah. Duit ko bakal habis sebab servis motor tu..

Amer: Ceh.

Ad: Tadi tu, aku tak maksudkan pun. Kau tu dihempap motor. Aku nak cakap aku takut ko dihempap MALU klu ape-ape jadi nanti. But. Still. I should say sorry for letting you to be like this. Sorry bro.

Amer: Chill-lah. No prob. Pengalaman aku – priceless ko tau.

Ad: Ye lah. Ko tau tak, sakitnya malu tu lagi sakit dari kena hempap balak. Terkesan dimuka, dihati, dilimpa pedal dan seumpamanya. Huh. Confirm masuk long term memory. Haha

Amer: Ko gelakkan aku?? Cis. Tadi aku sempat kol mak aku, citer hal ni. Dia pun sama cam ko, beria gelakkan aku. Pastu dia cakap lebih baik ditimpa balak daripada ditimpa perasaan..malu oii...

Ad: Naseb la badan. Haha.

Amer: Dah ar. Ngantuk.

Ad: Jum al-Mulk same?

Amer: Orait.

 “Tidak ada sesuatu musibah  yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At Taghabun ayat 11)

Alhamdulillah

Terima kasih ^_^

Assalamualaikum.



Saturday, 8 March 2014

Qosar #3 Gred Telur Ayam

Lagi, diskusi antara pensyarah dan pelajar..

Bagaimana telur ayam dapat gred ?


[ayam bertelur]
wey. wey. Tengok ni. Telur ni besar...
a'ah. besar laaaa.... letak gred A la...

Bagaimana telur ayam dapat gred AA ?

[ayam bertelur]
wey. wey. Tengok telur ni.. Besar giler...
A.A. Besar giler telur ni..

-_-''

Sekian. Telur gred AA.



Friday, 7 March 2014

IBU AYAM dan ANAKNYA


Seorang pensyarah telah mengemukakan soalan kepada pelajarnya pada suatu pagi yang agak sejuk (sejuk aircond -_-)
Soalan: Macamana kita nak tahu warna anak ayam (yang masih berada dalam telur) sebelum telur tersebut menetas?

Jawapan-jawapan yang telah diberi oleh pelajar:
-tengok warna kaki ibu ayam
-tengok warna jambul ibu ayam
-tengok warna ibu ayam
-tengok warna paruh ibu ayam
-tengok warna ehem2 ibu ayam?
-tengok warna sayap ibu ayam
-bergantung pada makanan ibu ayam

# so, apa jawapan anda? ada sama ngan yang atas?

--------------------------------------------------------------------

Pensyarah: *geleng kepala* . jawapan nye adalah !@#$$%%^ (mulut terkumat-kamit, tapi tak bunyi pun)
Pelajar: hahhhh????!!
Pensyarah: telinga.. tengok telinga ibu ayam tu... :D *BIG SMILE*

respon: Oooo

# respon anda ngan yang atas, ada sama tak? hehe

pandai makan je??
(tapi aku tak makan bulu kau. EH.)





thanks for reading :)
cc the owner of da picture. thanks


Thursday, 16 January 2014

Qosar #2 KACANG

“aku paling tak suka kacang..lagi-lagi, kacang yang lupakan kulit. Tapi tak boleh salahkan kacang tu jugak, dia tinggalkan kulit bukan saje-saje, dia tinggalkan kulit for a reason, maybe reasons. Salah satunya, dia perlu jalankan tanggungjawab dia untuk berbakti pada makhluk ALLAH; melalui zat nutrisi yang ada padanya supaya manusia mendapat tenaga untuk terus berjihad dijalan ALLAH. Sebelum di’ngapp’ kulit harus ditinggalkan. Kalau tak, lain pula ceritanya. Tak gitu?”



AWAS: anda gout?? Jauhi kacang -.-

kacang tanah
cc for the picture

thanks :)

Qosar #1 Terima Kasih


Bukan semua perkara boleh diukur dengan wang. 
Kadang-kadang, satu penghargaan walau dengan ucapan terima kasih sudah mampu menunjukkan betapa bernilainya sesuatu yang diterima itu.
Well, ini bukan perihal ‘keikhlasan’ atas apa yang dilakukan tapi lumrah manusia; bahagia bila dihargai.

Let’s spread it~ the kindness ..


gambar dari google

thanks ya